Friday, November 25, 2011

: : Release Tension : :

Okay, selesai sahaja Fiesta kitorang,

Kitorang kena mengemas dan bersiap sedia untuk ke
Agro Resort, di Besut..
Sebenarnya sejak tahun lepas lagi kitorang usulkan namun last2 dapat pergi tahun nie.
Tak sabar rasanyer ke sane biarpun hanya 2 hari 1 malam..
HARI PERTAMA

kitorang dah kena melakukan aktiviti selepas asar dan MAKAN,
woww...
kena CROSSING RIVER..
mula-mula tu ketakutan menguasai diri but rasa seronok muncul..
Renjer tu kata kena luruskan kaki seperti duduk berlunjur dan jangan terjun bila masuk ke dalam air, ( tapi ader jer yang terjun dan kena Marah )
Renjer tu juga kata yang muka kena menghadap langit dan tak perlu hiraukan apapun..
~ kesian kat sorang nie sbb TUDUNG dia tercabut ~
Lepas tu, kitorang kena naik Ferry plak, hahaha lucu giler..
Malam , ade Barbeque tapi yang bakar ayam bukan kitorang.
Selepas makan, semua buddyz berjalan - jalan
meninjau keadaan sekitar.

Menanti ketibaan hari esok.

HARI KEDUA
Sekarang, kitorang kena Jungle Treking plak.
Mase tu hujan renyai - renyai tapi kitorang nak gak pergi untuk menimba pengalaman kerana
'Pengalaman merupakan seorang Guru yang Baik'
3 gua telah kitorang redah dan tiba mase untuk....
~ BerKayak ~

Hoooraaaiii!!!!
Best giler biarpun kena tunggu agak lame..
( ade yang pergi mandi kat swimming pool sementara menunggu )
Dah tibe mase untuk balik.

Kitorang akan pulang ke MTS selesai sahaje solat zohor dan makan.

Kenangan ini akan kami kenang dalam meniti usia kedewasaan..

No comments:

Post a Comment