Friday, November 25, 2011

: : Release Tension : :

Okay, selesai sahaja Fiesta kitorang,

Kitorang kena mengemas dan bersiap sedia untuk ke
Agro Resort, di Besut..
Sebenarnya sejak tahun lepas lagi kitorang usulkan namun last2 dapat pergi tahun nie.
Tak sabar rasanyer ke sane biarpun hanya 2 hari 1 malam..
HARI PERTAMA

kitorang dah kena melakukan aktiviti selepas asar dan MAKAN,
woww...
kena CROSSING RIVER..
mula-mula tu ketakutan menguasai diri but rasa seronok muncul..
Renjer tu kata kena luruskan kaki seperti duduk berlunjur dan jangan terjun bila masuk ke dalam air, ( tapi ader jer yang terjun dan kena Marah )
Renjer tu juga kata yang muka kena menghadap langit dan tak perlu hiraukan apapun..
~ kesian kat sorang nie sbb TUDUNG dia tercabut ~
Lepas tu, kitorang kena naik Ferry plak, hahaha lucu giler..
Malam , ade Barbeque tapi yang bakar ayam bukan kitorang.
Selepas makan, semua buddyz berjalan - jalan
meninjau keadaan sekitar.

Menanti ketibaan hari esok.

HARI KEDUA
Sekarang, kitorang kena Jungle Treking plak.
Mase tu hujan renyai - renyai tapi kitorang nak gak pergi untuk menimba pengalaman kerana
'Pengalaman merupakan seorang Guru yang Baik'
3 gua telah kitorang redah dan tiba mase untuk....
~ BerKayak ~

Hoooraaaiii!!!!
Best giler biarpun kena tunggu agak lame..
( ade yang pergi mandi kat swimming pool sementara menunggu )
Dah tibe mase untuk balik.

Kitorang akan pulang ke MTS selesai sahaje solat zohor dan makan.

Kenangan ini akan kami kenang dalam meniti usia kedewasaan..

++ Fiesta'11 ++

Today is Fiesta Day..

Kitorang adakan jamuan ini dan telah menjadi aktiviti rasmi 5th Batch setiap tahun.
Ramai gak members yang jauh datang ke mari untuk memeriahkan lagi suasana majlis ini.
Kitorang kena mulakan awal pagi coz nanti akan berangkat ke besut...
Antara acara yang dipersembahkan dalam fiesta nie :
: : Zapin : :
: : Modern Dance : :
( tarian StarLight MoonLight )
: : Gadis Melayu : :
: : Video Batch : :
( teacher's day )
Kitorang kena pakai kain sarung semasa majlis berlangsung. 
- samada selendang ataupun silang -
Makanan pun best gak. Ala-ala makanan traditional


sebab tema fiesta kali 
++ TRADITIONAL ++
So kitorang kena makan duduk di atas lantai untuk menampilkan lagi ciri-ciri traditional.
Hadiah kali ini berbeza berbanding tahun-tahun lepas. 
Jika tahun lepas T-SHIRT,

tahun nie PENCIL CASE...

SukaSuki..

Thursday, November 24, 2011

It's Over~


Akhirnya tamat gak SMU. So lepas gak kitorang daripada menghafal..
Sukasuki...
Banyak kenangan yang dapat dikutip semasa dalam dewan peperiksaan,
meskipun kitorang dipecahkan kepada dewan A [ beberapa orang jer]
dan dewan B, tapi tetap seronok..
Ramai gak yang BRIGAK meniru..

Hahaha.. lain kali kite kena usaha sendiri jangan main tiru.
Masa madah akhir, memang syok dan gempak sebab semua pelajar
5 BATCH ~ NEVER WALK ALONE ~
mengucapkan 
TERIMA KASIH , CIKGU...
secara beramai - ramai dan menggegar seluruh dewan peperiksaan..
Urm nanti kitorang nak pergi 
Rehat Minda.

Friday, September 16, 2011

=Hafal Madah Smu=

Sekarang nie, Musim semua pelajar tengah sibuk.Nak tahu sibuk ape? Sibuk menghafal dan membaca.Kan dah nak exam so kena rajin2 kalu tak result pun dapat yang malas punya. Gempak punya reult trial bagi SPM dan PMR kerna 2 orang dapat 11A manakala 2 orang dapat 9A berbanding tahun lepas yang tak de langsung. Tapi trial SMU jer yang kurang hebat. Nape erk??? Mungkin sep nie letih menghafal tak pun punya lah hafal tetibe jer blank time jawab exam. So, korang jangan risau, korang ingat Allah. Dekatkan diri dengan Allah, insya-Allah Dia akan bantu korang. Jangan korang lupa quran alang2 nak exam. Teruk betul!!! Korang patut lebihkan amalan sunat dan banyakkan berzikir sebelum exam ( kalu x exam pun kena buat gak )... Hahahaha.. saje jer tulis nie. sbb gua bosan sangat... 
Lastly, Selamat menghafal lah korang semua. tak lama lagi ada perkampungan smu...
padan muka korang, x leyh balik..


Thursday, August 25, 2011

Tadarus Anak Muda Tamu Ramadhan Kelantan 1432H

Semua pelajar MAAHAD TAHFIZ SAINS akan berangkat ke P.U.T.I.K dalam mase beberapa jam lagi.Semuanya sibuk menghias diri dan gosok pakaian agar tampil GAH dan TIDAK BOLOX..Tik tok tik tok.. mase berlalu begitu pantas!!!!akhirnya sampai gak kat P.U.T.I.K.dah sampai majlis dah mula, tapi kitorang x solat lagi, macam maner nie????? gi solat dulu r lepas solat ke dewan besarnya. Dah solat kite pergi tadarus plak..Ramai sangat orang hinggakan tak cukup tempat untuk plajar MTS. dah nasib sampai lewat berbanding sekolah lain.







Semua peserta diminta untuk mengikut bacaan para qari. Pihak Majlis juga ada menyediakan Al-quran dan raha berserta dengan bag khas program itu. Quran terjemahan eklusif pada bulan ramadhan 1432H sahaja.Lepas tu semua peserta diminta untuk mengambil makan dan minuman yang disediakan sebagai juadah berbuka puasa. Lama punya lama, azan maghrib berkumandang juga. kitorang dengan rasminya berbuka puasa.hilang sikit keletihan yang belenggu badan.
Tak sangka nikmat Allah sangat dirasai tatkala kita sedang lapar








 Solat terawih mula memanggil kami semua untuk menunaikannya. Namun keadaan semakin renggang dek kebanyakan pelajar sekolah lain sudah beransur pulang, mungkin yang tinggal hanyalah pelajar MAAHAD TAHFIZ SAINS.
Memamng kosong laluan tak macam mula2 sampai. Sesak habis.








Salam Ramadhan!!!
Ikhlas dari kami 5th batch of MTS




Tuesday, August 9, 2011

Ahlan Ya RamadhAn .!~



Selamat menyambut bulan yg pnuh barakah ini .. mOge2 kite dpat brjumpe dngn bulan nie lgi pd taun dpan !! : D ..di sekOlah ..sep2 ajk plaksana ihya' ramadhan sdah brtngkus lumus  utk mnghidupkn lgi suasana ramadhan di skolah .. thanx 2 them ! ~
aktiviti spnjg ramadhan ;
4.30 a.m : bngun qiamullail kt dpan kntin asrma
5.00 a.m : mkan shur rmai2 ..
5.45 a.m : ready nk g sOlat sbuh
6.45 a.m : g skolah
2.00 p.m : blik skolah n tidOw ...msew nie kt asrma mmg sunyi ..he3
4.30 p.m : sOlat asar n get ready 4 tadarus..
5.15 p.m : bertdarus brmai2 d kantin asrma mngikut kmpuln usrah ..
6.15 p.m : sep2 ajk ihya' tngh sibuk2 ltak nasi dlam tlam ..
7.30 p.m : solat maghrib kt masjid n brbulka pose ngn kurma n air.
7.45 p.m : g bukak pose rmai2 kt kantin asrma
8.15 p.m : solat isya'  n terawih scr brjemaah ,,
9.45 p.m : blik asrma n buat kije masing2 ...
12.00  : berhirasah ..~

                            Bginilh aktiviti kiteorg spnjg bulan ramadhan nie ..~   !!

  Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.



Thursday, July 28, 2011

Al-Quran SMU




Baru-baru nie, kitorang telah menghadapi ujian al-quran SMU samada syafawi atau tahriri dengan BERSEMANGATnya. Maklumlah ini menentukan kitorang still stay kat MTSTM or NOT. Namun, ada gak yang terpaksa mengambil sekali lagi exam syawi coz x cukup kuota lepas cuti. Soalan nya memang senang kalu kite semua murajaah tapi kalu x murajaah langsung COMFIRM x boleh jawab..hahaha...

Tuesday, July 5, 2011

Perkampungan Al-quran Kali Ke-2

  

Jabatan Al-Quran telah menganjurkan Perkampungan Al-Quran kali-2 untuk semua pelajat tingkatan Empat. Tujuannya untuk para pelajar murajaah Quran sempena SMU. Perkampungan nie plak berlangsung selama 3 atau 4 hari ( saya x ingat lah berapa hari ) tapi yang pasti Banat di Hostel Pantai dan Banin plak di Madu. Banyak gak aktiviti yang dilakukan seperti sesi murajaah, seminar madah SMU, bersukan, makan, tidur, qiamullail, DENDA [pada pelajar yang dianggap bersalah], ke Pantai Cahaya Bulan, qialullah, senaman dan lain-lain lagi yang sewaktu dengan nya.. Fuhh..letih sangat dan kitorang rasa nak balik CEPAT. bukan rindu kat sekolah tapi sangat tersek...... ( hanya yang pergi jer tahu )




Friday, May 20, 2011

Himpunan 10 rinu Jentera Pas










 sesi khatam quran
 pelajar sdg menulis kata di kain rentang yg panjang


 Ustaz amir malu
Baru-baru nie, Parti Islam SeMalaysia telah menganjurkan satu program yang bertujuan untuk mengumpul 10 ribu pemuda yang gagah bagi membentuk sebuah 'Negara Berkebajikan'. Semua pelajar tingkatan 3,4 dan 5 telah terpilih untuk menyertai program anjuran PAS nie.. Pada malam harinya ade solat hajat perdana serta ucapan daripada orang-orang tertentu..YAB Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat turut turun padang dalam menjayakan program ini. Orang ramai sanggup ke sana dalam memeriahkan lagi majlis tersebut dengan membawa harapan yang besar agar dapat merealisasikan hasrat yang telah lama terpendam..